PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PAMERAN POSTER SEMPENA SEMINAR PENYAKIT ZOONOTIK DAN SAMBUTAN HARI RABIES SEDUNIA NEGERI SABAH 2015
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Hidupan Liar (JHL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, akan menganjurkan acara tersebut diatas, acara ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Bin Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
Tarikh : 08 Oktober 2015 (Khamis)
Masa : 07.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah
Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan seminar ini amatlah dihargai
(Lampiran)