Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Alumni , Universiti Malaysia Sabah julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Golf Amal Alumni UMS pada 17 Okt 2015 di Nexus Golf Resort Karambunai, Kota Kinabalu bagi tujuan mengisi Tabung Dana Alumni UMS yang telah dilancarkan pada 24 November 2014.
Sehubungan dengan itu, Pusat Alumni sukacita menjemput YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan serta kakitangan untuk menyertai Pertandingan Golf Amal Alumni UMS.
Untuk makluman tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober 2014
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan Cik. Dayangku Rozlina Datuk Pg. Aliuddin (010-9440388) atau Pn . Jane E. Ading (012-8368698).
Sekian.Terima Kasih