PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN CANSELORI
SUBJEK : PROMOSI & TEMPAHAN BIOGRAFI YBHG. DATUK NAIB CANSELOR 'SEBUAH PERJALANAN DARI DESA KE PUNCAK MENARA GADING'
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Naib Canselor telah menerbitkan biografi bertajuk "Sebuah Perjalanan dari Desa ke Puncak Menara Gading", terbitan Penerbit UMS. Biografi ini akan dilancarkan pada 13 Oktober 2015 oleh YABhg Tun Zaki bin Tun Azmi, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, semasa Ceramah Kepimpinan dan Pengurusan yang bertempat di Dewan Bankuasi UMS.
Sehubungan itu, sukacita pihak kami ingin mempromosikan buku ini kepada YBhg Datuk / Datin / Prof / Dr. / Tuan / Puan:
Harga promosi RM35 senaskhah
Terhad 255 naskhah sahaja
Tempoh promosi (8 - 12 Oktober 2015)
Kaedah pembayaran
1) Tunai (dibayar pada 13 Oktober 2015 di kaunter Penerbit UMS, Dewan Canselor)
2) Pemotongan gaji
Pembelian juga boleh dibuat secara walk in di kaunter Penerbit UMS dengan harga sebenar.
Bersama ini dilampirkan muka depan biografi Datuk Naib Canselor untuk perhatian YBhg Datuk / Datin / Prof / Dr. / Tuan / Puan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan lanjut dan pembelian boleh berhubung terus melalui Puan Norlina Kamis Samb. 1128, Puan Adizah Mahshar samb.. 1425 atau Cik Norfaezah Hashim Samb. 1178 .
Terima Kasih.
