JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU 1437H, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM, UMS

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan;

 

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU 1437H, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Islam akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sambutan Tahun Baharu 1437H pada ketetapan seperti yang berikut:

 

Tarikh                      : 13 Oktober 2015 (Selasa)

Masa                        : 6.00 Petang

Tempat                    : Masjid Ums           

Pengisian                 : i) Bacaan Yasin & Doa Kesyukuran

           ii)Bicara Hijrah Oleh Us. Nazri Bin Azman, Guru Tahfiz Al-Quran Bahrul Ulum, Menggatal

 

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan muslim di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

                                                     

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

 

Sekian dan terima kasih.