PENGUMUMAN DARIPADA : UNIT KENAIKAN PANGKAT BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti tersebut dengan mengemukakan:
- Borang permohonan (Lampiran B) yang telah lengkap diisi beserta gambar berukuran pasport dan Curriculum Vitae (CV) terkini beserta dokumen sokongan berkaitan; dan
- ‘Key Performance Indicator’ (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
3. Bersama ini dilampirkan iklan Jawatan (Lampiran A) dan Borang Permohonan (Lampiran B) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 November 2015 (Jumaat).
Sekian.
(Sila Klik Lampiran)