PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : RALAT HEBAHAN KULIAH DHUHA ANJURAN PUSAT ISLAM UMS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
RALAT HEBAHAN KULIAH DHUHA ANJURAN PUSAT ISLAM UMS
Dengan segala hormatnya surat kami terdahulu bertarikh 1hb Disember 2015; No. Rujukan: UMS/PIUMS1.1.3/100-16/3/3(04) berhubung perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
02. Adalah dimaklumkan bahawa penetapan Kuliah Dhuha yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 4hb Disember 2015 (Jumaat) telah dipinda ke tarikh baru disebabkan pertukaran tarikh oleh penceramah. Kuliah tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan seperti maklumat yang berikut :-
Tarikh : 11hb Disember 2015 (Jumaat)
Masa : Jam 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Masjid UMS
Tajuk Kuliah : Mari Menghayati Bacaan Solat
Penceramah : Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan
(Penulis Buku : Rahsia Solat & Mari Memahami Bacaan Solat )
03. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara di atas kepada kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan program tersebut seperti di LAMPIRAN. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee di talian 088-320 000 @ Samb. 2730. Segala kesulitan yang dihadapi oleh YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung pindaan tarikh baru ini amat dikesali.
Sekian. Terima Kasih.