HEBAHAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN PUSAT ISLAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN PUSAT ISLAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, UMS akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penutupan Kelas Al-Quran dan Iqra (KADI) Sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun 2015 untuk kakitangan UMS khususnya dan masyarakat sekitar Kota Kinabalu amnya seperti ketetapan yang berikut:

                                                                            

TARIKH                   : 18HB DISEMBER 2015

HARI                         : JUMAAT

MASA                        : 8.00 PAGI

TEMPAT                   : MASJID, UMS

                                           

2.       Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan muslim di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama hadir ke majlis tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan program seperti di Lampiran untuk tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan usaha seumpama ini akan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak kita di dunia dan akhirat, In Shaa Allah.

ATURCARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

ANJURAN PUSAT ISLAM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015M/1436H

TARIKH   :  18 DISEMBER 2015 (JUMAAT)

 TEMPAT :  MASJID, UMS

8.00 am- 8.30 am:Pendaftaran Peserta
9.00 am- 10.00 am    :Sarapan Pagi        

Bacaan Al-Fatihah

Ucapan Perasmian Penutupan  oleh Pengarah Pusat Islam

Majlis Khatam Al-Quran bermula

Penyampaian Sijil dan Cendarahati kepada peserta Khatam Al-Quran

Penyampaian Cenderahati kepada peserta Kelas Al-Quran dan Iqra Siri II

11.00am-11.30am

Makan tengahari & solat Jumaat

(Lampiran)

Borang Khatam