JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TAHUN 2015M/1437H

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TAHUN 2015M/1437H

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1.       Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Islam akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H pada ketetapan seperti yang berikut:

 

Tarikh                       : 23 Disember 2015 (Rabu)

Masa                          : 6.00 Petang

Tempat                      : Masjid UMS           

                                                                                                    

2.       Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan muslim di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

                                                     

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

 

Sekian dan terima kasih.