PENYELIDIKAN YANG MELIBATKAN PENGHASILAN ORGANISMA YANG DIUBAH SUAI SECARA GENETIK (GMO) ATAU ORGANISMA HIDUP TERUBAH SUAI (LMO)

PENGUMUMAN DARIPADA

: JAWATANKUASA KEINSTITUSIAN BIOKESELAMATAN UMS

SUBJEK

: PENYELIDIKAN YANG MELIBATKAN PENGHASILAN ORGANISMA YANG DIUBAH SUAI SECARA GENETIK (GMO) ATAU ORGANISMA HIDUP TERUBAH SUAI (LMO)

 

Pemakluman kepada semua penyelidik utama yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang melibatkan organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) atau organisma hidup terubah suai (LMO) di UMS terutamanya yang melibatkan Bioteknologi Moden.

IBC, UMS ditubuhkan secara khusus (tetapi tidak terhad) bagi menilai semua projek penyelidikan yang melibatkan GMO/LMO yang tidak terkecuali ("not exempted") yang telah dijalankan di UMS, sedang dijalankan atau dirancang untuk dijalankan. Penyelidik-penyelidik utama perlu memuat turun dan mengisi borang yang berkenaan, dan mengemukakannya kepada IBC, UMS untuk penilaian. Borang-borang yang telah dinilai akan dimajukan kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (NBB) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi mendapatkan kelulusan.

Sumber bahan IBC, UMS boleh didapati di laman web:

http://www.ums.edu.my/ipb/IBC/

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web:

http://www.biosafety.nre.gov.my/

Panduan pengguna mengenai biokeselamatan berkaitan dengan GMO/LMO, termasuk Bab 4 (mengenai Pengecualian) :

http://www.biosafety.nre.gov.my/guideline/Biosafety%20User%20Guide.pdf

Sehubungan itu, di bawah Akta Biokeselamatan Malaysia 2007 (Akta 678), penyelidik utama dan Institut yang gagal mematuhi Akta 678 boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:

  1. Penalti kepada individu sehingga RM250,000 dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun (Seksyen 26, bahagian a.)
  2. Penalti kepada perbadanan korporat (dalam hal ini, UMS) tidak melebihi RM500,000 (Seksyen 26, bahagian b)
  3. Sitaan dan penutupan premis (Seksyen 44).

IBC ingin menekankan DUA (2) perkara berikut:

  1. Penyelidikan yang melibatkan LMO/GMO yang tidak terkecuali ("not exempted"): Penekanan dan keutamaan diberikan kepada melaporkan setiap aktiviti yang berkaitan dengan LMO yang sedang atau akan dijalankan (dalam tempoh 3 bulan). Sila isi borang berkenaan (A hingga E) dan menyerahkannya (pdf atau word doc) dengan memuat naik borang tersebut di laman web IBC, UMS. (Bahagian E di http://www.ums.edu.my/ipb/IBC/). Anda juga boleh mengirim borang berkenaan yang telah diisi kepada alamat berikut:

Pengerusi Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan UMS

Institut Penyelidikan Bioteknologi

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu

Sabah

  1. Penyelidikan yang melibatkan LMO/GMO yang dikecualikan ("exempted"): Mengikut syor dari National Biosafety Board (NBB); IBC, UMS juga perlu menyimpan rekod/inventori bagi penyelidikan yang tersenarai sebagai LMO yang dikecualikan. Setiap penyelidik utama diwajibkan untuk mengisi borang secara online bagi sebarang aktiviti yang berkaitan LMO/GMO yang telah dijalankan. Sila hantar borang secara online bagi aktiviti yang dijalankan bagi tahun 2015 serta tempoh jangka tamat penyelidikan tersebut (bulan dan tahun) sebelum atau pada 26hb Februari 2016. Mulai dari sekarang, bagi setiap penyelidikan yand baru, anda digalakkan untuk mengisi borang tersebut. Peringatan akan dihantar pada setiap akhir tahun kepada penyelidik utama untuk mengisi borang bagi aktiviti tahunan. (Bahagian F di http://www.ums.edu.my/ipb/IBC/).
  2. Sekiranya, tuan/puan menghadapi sebarang kemusykilan, sila hubungi Pegawai Biokeselamatan IBC UMS, Dr. Christopher Voo, Samb. 5602 untuk maklumat lanjut.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.