MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-1

PENGUMUMAN DARIPADA
: KELAB SUKARELAWAN PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-1

Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) telah diluluskan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada 15 April 2014. Pada 20 Januari 2016, kelab ini telah memperolehi kelulusan pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali-1 yang akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh  : 26 Februari 2016 (Jumaat)

Masa    : 2.00 petang

Tempat: Auditorium Utama, Aras 2, Blok B, Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan        

Agenda Mesyuarat;

1.    Ucapan Aluan Presiden

2.    Pembubaran Jawatankuasa Penaja

3.    Pengundian dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC 2016/2017

4.    Membincangkan Perlembagaan Kelab

5.    Membincangkan Cadangan Usul

6.    Hal-hal lain

Sehubungan itu, semua ahli  UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan. Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan. Mohon maklumbalas Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 23 Februari 2016 melalui emel Setiausaha Jawatankuasa Penaja iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kepada kakitangan UMS yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama. Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.

Sekian dan harap maklum.

Yang ikhlas,

MOHD ZAIDIE ADILAI

Setiausaha Jawatankuasa Penaja

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)

D/A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Tel: 088 320000 samb. 611006

Faks: 088 321373

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lampiran:

1. Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC

2. Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung UMS 4WDVC

3. Maklumat Syarat dan Yuran Keahlian UMS 4WDVC

4. Borang Permohonan Keahlian UMS 4WDVC

5. Perlembangaan UMS 4WDVC

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.