PERTANDINGAN RIANG RIA MAULIDUR RASUL

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK
: PERTANDINGAN RIANG RIA MAULIDUR RASUL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PENYERTAAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMS 2016M/1437H – PERTANDINGAN RIANG RIA MAULIDUR RASUL

Dengan segala perkara di atas adalah dirujuk.

02.     Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2013M/1434H, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) dengan kerjasama Jabatan Canselori UMS akan mengadakan Pertandingan Riang Ria Maulidur Rasul pada ketetapan seperti maklumat berikut:-

Tarikh      : 20hb Februari 2016 (Sabtu)

Masa        : 7.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat    : Masjid UMS

03.     Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua anak-anak kakitangan UMS dan masyarakat sekitar. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghebahkan perkara ini bagi menggalakkan penyertaan. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang dan syarat-syarat pertandingan seperti di LAMPIRAN. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, boleh berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian : 088-320000 - samb. 2734/2735/2743.

Sekian dan terima kasih.

Lampiran:

1. Borang Penyertaan

2. Syarat Penyertaan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.