MAKLUMAN KERJA-KERJA PEMBINAAN HOSPITAL UMS

MAKLUMAN DARIPADA:  PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS
SUBJEK:   MAKLUMAN KERJA-KERJA PEMBINAAN HOSPITAL UMS
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan kerja-kerja pembinaan hospital yang sedang dijalankan berhampiran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dewan Kuliah Pusat 2 dan Kolej Kediaman Kampung E. 
 
Oleh yang demikian, warga kampus termasuk pelajar adalah dinasihatkan agar menjaga keselamatan dan kesihatan diri agar tidak menghampiri kawasan tersebut. Disarankan supaya menggunakan penutup mulut (mask) yang bersesuaian semasa berada di luar bagi mengelakkan masalah kesihatan respiratori memandangkan cuaca semasa yang agak panas, berangin dan berhabuk, khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti Asma, batuk atau selsema yang berterusan. Radang pada mata akibat kemasukan habuk juga boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan sila dengan segera mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Warga atau mana-mana pusat rawatan berhampiran. Keselamatan dan kesihatan anda warga kampus menjadi keutamaan kami.
 
Sekian, Terima Kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.