PERATURAN MENAMPAL NOTIS/POSTER/RISALAH/IKLAN DALAM KAMPUS

PENGUMUMAN DARIPADA
: PEJABAT PENDAFTAR
SUBJEK
: PERATURAN MENAMPAL NOTIS/POSTER/RISALAH/IKLAN DALAM KAMPUS
 
SENARAI EDARAN SEPERTI DILAMPIRKAN
 
YBrs. Prof./Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
ARAHAN PENTADBIRAN BIL.2/2016: PERATURAN MENAMPAL NOTIS/POSTER/RISALAH/IKLAN DALAM KAMPUS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-71 (Bil.2/2016) pada 15 Mac 2016 bersetuju agar pihak Pengurusan Universiti mengambil tindakan sewajarnya terhadap notis /poster/risalah/iklan yang ditampal secara tidak kemas, berselerak, tidak signifikan dan tamat tempoh.
 
3.   Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan /Pengetua Kolej Kediaman hendaklah mengambil tindakan dan langkah-langkah kawalan dengan memastikan semua notis /poster/risalah/iklan seperti dinyatakan dalam perenggan 2 di atas. Cop pengesahan Jabatan/Kolej/Kediaman juga perlu ada untuk mempastikan autoriti perkara tersebut dan semua notis/poster/risalah/iklan yang ditampal hendaklah ditanggalkan semua setelah tamat tempoh pemberitahuan.
 
Kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.