TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS (SGPUMS) FASA 1/2016

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS (SGPUMS) FASA 1/2016
1) SKIM PENSYARAH LANTIKAN BARU (SPLB)
2) SKIM PENYELIDIKAN BIDANG KEUTAMAAN (SPBK)
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) akan mula dibuka pada 1 April – 2 Mei 2016 sebelum jam 5.00 Petang.  Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Skim Pensyarah Lantikan Baru (SPLB) dan Skim Penyelidikan Bidang keutamaan (SPBK) untuk ditawarkan kepada penyelidik yang berkelayakan mengikut kriteria seperti berikut:
 
1.             Skim Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baru (SPLB)
  • Bidang Sastera dan Sains Sosial : RM10,000.00 sahaja
  • Bidang Sains : RM20,000.00 sahaja
1.2 Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja dan ditawarkan hanya sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pemohon.
 
1.3 Baru menyertai UMS atau dilantik sebagai pensyarah gred DS51 dan ke bawah;
  • Baru balik dari melanjutkan pengajian PhD dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan (universiti/kebangsaan/antarabangsa) sepanjang perkhidmatan sebelumnya;
  • Tempoh perkhidmatannya tidak melebihi dari 2 tahun selepas tarikh melapor diri.
 
2.             Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SBK)
 
2.1 Skim ini bertujuan untuk membantu penyelidik atau kumpulan penyelidik untuk memulakan sesuatu projek penyelidikan keutamaan yang bernilai strategik kepada universiti. Siling peruntukan untuk skim ini berjumlah RM 30,000.00 sahaja. Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja.
 
2.2 Bukan dalam kategori SPLB 1.3 (i), (ii), (iii) di atas;
  • Keutamaan diberi kepada pensyarah Gred DS54 dan ke bawah; dan
  • Tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan semasa permohonan.
 
Pemohon hendaklah menghantar permohonan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1 melalui F/P/I/U masing-masing. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja sama ada SPLB atau SPBK dalam satu fasa. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Mary Kinsui
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.