APUMS 2015 – Pembukaan Penyertaan Kategori Penghargaan

PENGUMUMAN DARIPADA
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
SUBJEK
: Anugerah Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (APUMS ) Tahun 2015
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Y.Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) tahun 2015.
 
Penghargaan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada hasil kerja pensyarah / Penyelidik yang telah berjaya menghasilkan jurnal / kertas kerja persidangan /buku / bab dalam memberi impak baik pembinaan ilmu atau peningkatan taraf hidup manusia sejagat yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa sepanjang tahun 2015.
Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan penyertaan bagi kategori penghargaan berikut yang dibuka kepada semua pensyarah /penyelidik di UMS;
 
1. Penghargaan Penerbitan Buku
2. Penghargaan Penerbitan Bab Dalam Buku
3. Penghargaan Pembentangan Kertas Kerja Terbaik Persidangan Peringkat Antarabangsa
 
Bersama-sama ini dilampirkan Kriteria Penilaian dan Borang Permohonan yang berkaitan untuk penghargaan tersebut.
 
Sila hantar borang penyertaan yang lengkap beserta dengan salinan bukti sokongan/ buku yang asal (akan dipulangkan), selewat-lewatnya pada 14 April 2016 (Khamis) kepada ;
 
Urusetia Kategori Penghargaan APUMS 2015,
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI),
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
U/P: Puan Saidah Mat Salleh (samb. 1833).
 
Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Brs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amat dihargai dan  didahulukan dengan ucapan terima kasih..
 
NOTA PENTING:
KEGAGALAN UNTUK MENGHANTAR BORANG YANG TELAH DIISI LENGKAP BESERTA LAMPIRAN BUKTI SOKONGAN BAGI SETIAP PENYERTAAN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN YBRS. PROF. /PROF. MADYA DR. /DR. /TUAN /PUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
PERMOHONAN YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DISEBUTKAN JUGA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.