PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN SESI SEPTEMBER 2016/2017

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

SUBJEK: PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN  SESI SEPTEMBER 2016/2017

 

Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan Universiti Malaysia Sabah (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan) seperti yang disenaraikan bagi Sesi Akademik 2016/2017.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur sekurang-kurangnya 17 tahun pada tarikh permohonan dan memenuhi syarat seperti berikut:


Syarat Am


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) Kepujian atau yang setaraf dengannya.


Syarat Khas Program


Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran berikut:
 Matematik/Matematik Tambahan
 Sains /Biologi/Kimia/Fizik
 Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
 2 lagi kepujian bagi subjek yang lain


DAN
 Lulus Bahasa Inggeris


Syarat Tambahan


 Terbuka kepada calon lelaki dan wanita;
 Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan ; DAN
 Lulus ujian serta temuduga yang telah ditetapkan oleh Universiti.

 

CARA MEMOHON

 

Permohonan online dibuka pada : 8 April 2016 (Jumaat) melalui laman web http://spu.ums.edu.my/spp
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016(Sabtu).

 

Sila klik sini untuk muat turun iklan permohonan bagi  program Diploma Kejururawatan UMS. 

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.