KLINIK SMP-PPI

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek
: Klinik SMP-PPI
 
Merujuk kepada pengumuman pada 15 Disember 2016 berkenaan pengisian maklumat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan bagi Sistem E-LNPT Kakitangan Akademik melalui Sistem Maklumat Penyelidikan. Satu klinik akan dibuat bermula dari 5 -12 Jan 2017 bertempat di Bilik Komputer Khusus, JTMK bagi kakitangan akademik yang memerlukan bantuan dalam pengisian maklumat berkenaan. Mohon bawa bersama dokumen yang berkaitan ke lokasi bagi tujuan pengesahan.