PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI SKIM PENYELIDIKAN BERSAMA SATU ANJURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN CHENG KUNG (NCKU), TAIWAN

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan & Inovasi
Subjek
: Pelawaan untuk Mengemukakan Permohonan Bagi Skim Penyelidikan Bersama Satu Anjuran Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Penyelidikan Bersama SATU yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan  telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan skim penyelidikan tersebut mengikut format yang telah diberikan, dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 7 Jun 2017 (Rabu).
 
Disertakan bersama ialah garis panduan dan borang permohonan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.