MAKLUMAN AWAL BERKENAAN TARIKH AKHIR UNTUK PENGHANTARAN BORANG-BORANG KEWANGAN PROJEK PENYELIDIKAN BAGI TUJUAN PENUTUPAN AKAUN TAHUNAN UMS TAHUN 2017

PENGUMUMAN DARIPADA                   
PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI
URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB; 613822/613819/613808/613802
SUBJEK
MAKLUMAN AWAL BERKENAAN TARIKH AKHIR UNTUK PENGHANTARAN BORANG-BORANG KEWANGAN PROJEK PENYELIDIKAN BAGI TUJUAN PENUTUPAN AKAUN TAHUNAN UMS TAHUN 2017

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Berdasarkan Surat Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2017 berhubung Panduan Penutupan Akaun di Pusat Tanggungjawab bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil maklum berkenaan tarikh akhir untuk penghantaran borang-borang kewangan projek penyelidikan bagi tujuan penutupan akaun tahunan UMS tersebut seperti yang berikut:
 
Bil.
Perkara
Jenis Borang yang Terlibat
Tarikh Akhir ke PPI
  1.  
Mengemukakan tuntutan perjalanan / elaun / gaji / pelbagai bagi Penyelidik / Pembantu Penyelidik (RA/GRA) 2017
R6 / R9
4 Disember 2017
(Isnin)
2.
Mengemukakan permohonan pengeluaran Pesanan Rasmi (LPO) tahun 2017 bagi geran penyelidikan
R7
6 Oktober 2017
(Jumaat)
  1.  
Mengemukakan keperluan permohonan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai kakitangan
R5
4 Disember 2017
(Isnin)
 
Permohonan pendahuluan bagi tempoh 16 Disember 2017 hingga 10 Januari 2018 adalah dibekukan
  1.  
Mengemukakan laporan pendahuluan / tuntutan perjalanan bagi pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai kakitangan yang telah diluluskan
R5
4 Disember 2017
(Isnin)
  1.  
*Mengemukakan pembayaran inbois daripada pembekal tahun 2017 yang menggunakan geran penyelidikan
LPO
11 Disember 2017
(Isnin)
  1.  
*Mengemukakan penyata perbelanjaan penyelidikan (akan mula diedarkan oleh pihak Bendahari kepada Ketua Penyelidik bermula pada bulan Oktober 2017)
BEN/PC/03
11 Disember 2017
(Isnin)
*Boleh dikemukakan terus ke Zon Operasi Kewangan PPI (u.p.: Pn. Suzie Mohamad, Penolong Bendahari Kanan)
Segala perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.