MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Makluman Penggunaan Logo Di Universiti Malaysia Sabah
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

-            LOGO PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA SOARING UPWARDS

-            LOGO ECOCAMPUS

-            LOGO UNIVERSITI/INDUSTRI (IR4.0)

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan logo Pendidikan Tinggi Malaysia Soaring Upwards, EcoCampus dan Universiti/Industri (IR4.0) hendaklah dipamerkan dalam poster/banner/bunting/backdropdalam semua program dan aktiviti rasmi Universiti.  Penggunaan logo ini bertujuan untuk mempromosikan hala tuju universiti yang disasarkan Kementerian Pendidikan Tinggi di samping mengekalkan imej korporat UMS.
 
3.       Sehubungan itu,  pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon memaklumkan  kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing berkenaan perkara ini.  Garis panduan mengenai penggunaan logo berkenaan boleh dirujuk dengan pihak Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat. Logo boleh dimuat turun melalui pautan berikut: http://www.ums.edu.my/bpkv2/en/download/logo.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
MOHD ZAIDIE ADILAI
Ketua
Bahagian Pentadbiran & Governan
Jabatan Pendaftar
b.p. Pendaftar