PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PENGUMUMAN KEPADA : SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
SUBJEK : BAYARAN INSENTIF ANUGERAH PENYELIDIK UMS (APUMS) BAGI TAHUN 2016
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, bayaran insentif Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) bagi tahun 2016 telah dibuat terus ke akaun gaji YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan. Bayaran insentif yang terlibat adalah bagi penghargaan penerbitan buku dan makalah jurnal seperti berikut:
- Penghargaan Penerbitan Buku
- Penghargaan Penerbitan Makalah Jurnal Berindeks dan Berfaktor Impak
- Penghargaan Penerbitan Jurnal Berindeks (Tanpa Faktor Impak)
- Penghargaan Bab Dalam Buku
3. Senarai penerima anugerah tersebut boleh dirujuk melalui laman web Pusat Penyelidikan dan Inovasi di url berikut: http://www.ums.edu.my/ppi
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Puan Jumawati Catacutan di talian 613811.
Sekian, terima kasih.