PENGGUNAAN SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA SEPENUHNYA BERKUATKUASA 02 JANUARI 2018

PENGUMUMAN DARIPADA:    JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK:    PENGGUNAAN SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA SEPENUHNYA BERKUATKUASA 02 JANUARI 2018
PEGAWAI DIHUBUNGI:    ENCIK MOHD. SAFFUAN YAKUB (088-320000 SAMB. 1143), PUAN ISMANIZA BASRI (088-320000 SAMB. 1457)
 
YBrs. Prof./Tuan/Puan,
 
PENGGUNAAN SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA SEPENUHNYA BERKUATKUASA 02 JANUARI 2018
 
Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa susulan daripada Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 Tahun 2017: Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Elektronik Dalam Sistem Elektronik Fail (SEF) Universiti Malaysia Sabah yang telah diedarkan kepada semua Ketua Jabatan menerusi surat bernombor rujukan UMS/PEND2.1/100-1/7/2 Jilid 5 (2) pada 18 September 2017, berkuatkuasa 02 Januari 2018, semua JFPIU di UMS hendaklah menggunakan sepenuhnya SEF dalam pengurusan rekod peringkat dalaman UMS. Panduan dan tatacara penggunaan sistem tersebut boleh diperolehi secara dalam talian menerusi capaian http://eoffice.ums.edu.my/sisef.
 
3.       Sebarang pertanyaan/maklumbalas/cadangan berkaitan sistem tersebut boleh ditujukan kepada pegawai bertanggungjawab seperti berikut:
 
Nama
No.  Samb.
En. Mohd. Saffuan Yakub, Penolong Pendaftar
1143
Pn. Norhanas Lamit, Pegawai Teknologi Maklumat
613102
Pn. Ismaniza Basri, Pembantu Tadbir (P/O)
1457
En. Mohd. Hisyamuddin Bin Jainari, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
613027
 
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.