HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI SEMPENA MAHEPA KE-20, 2018

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Subjek: Hebahan Pencalonan Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni Sempena MAHEPA Ke-20, 2018
 
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
 
YBrs. Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan/ Puan,
 
Adalah saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
 
2        Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan mengadakan Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni (MAHEPA) Ke-20, 2018 pada 07 Mei 2018 (Isnin).

3        Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dimohon untuk mengemukakan pencalonan bagi penganugerahan pelajar berdasarkan senarai Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang dilampirkan.
 
4        Sebagai makluman tambahan, borang-borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta dokumen sokongan dan hendaklah dihantar kepada pihak Urus setia Jawatankuasa Pencalonan selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 April 2018, pukul 5,00 petang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada Urus setia Jawatankuasa Pencalonan Pn. Mardena Jiwan/ En. Harun Tambiri di talian 4441/ 4206.
 
5.       Penyertaan pelajar di bawah seliaan YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dalam pencalonan anugerah dalam MAHEPA ke-20, 2018 ini amatlah dialu-alukan dan bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat makluman hebahan, makluman hebahan anugerah dan kriteria pencalonan, borang-borang pencalonan (termasuk anugerah sukan) dan buku panduan & syarat pencalonan MAHEPA Ke-20, 2018 untuk tindakan dan rujukan pihak YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.