BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN KAFETERIA

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan dan Endowmen
Subjek: Borang Soal Selidik Mengenai Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kafeteria
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Dengan hormatnya, izinkan kami menarik perhatian Ybhg Datuk/Datin/ Ybrs Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik terhadap perkara diatas.
 
Untuk makluman Ybhg Datuk/Datin/ Ybrs Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik, pihak pengurusan Pusat Pelaburan dan Endowmen (CIE) telah diarahkan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan bagi menjalankan satu soal selidik kepuasan pelanggan warga UMS terhadap perkhidmatan kafeteria.
 
Soal selidik akan dijalankan sehingga 16 April 2018 sebelum dikemukakan kepada Urusetia JTK.
 
Sehubungan itu, sukacita sekiranya Ybhg Datuk/Datin/ Ybrs Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangan / cadangan tambahan (sekiranya ada). Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan UMS dalam merancang, melaksanakan dan menambahbaik pengurusan kafeteria di masa akan hadapan.
 
Kerjasama daripada Ybhg Datuk/Datin/ Ybrs Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik dalam mengisi/melengkapkan borang soal selidik ini didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian
 
LINK BORANG SOAL SELIDIK ADALAH SEPERTI BERIKUT: 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.