PERATURAN BERKAITAN KAKITANGAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Pengumuman Daripada : Bahagian Perundangan dan Integriti, Jabatan Pendaftar

Subjek: "PERATURAN BERKAITAN KAKITANGAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK"

 

Seorang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional, adalah tidak boleh terlibat secara aktif (memakai lambang parti politik, mengedar risalah parti politik, berkempen bagi pihak parti politik, memegang jawatan dalam parti politik) dalam aktiviti politik.

Pegawai Kumpulan Sokongan dibenarkan bertanding/ memegang apa-apa jawatan atau dilantik memegang apa-apa jawatan dalam parti politik dengan syarat:

  •  - Mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga Pengarah UMS

 

Pegawai yang sedang cuti ke tarikh persaraan dibenarkan dengan syarat:

  • - Mendapat kelulusan bertulis Lembaga Pengarah UMS; DAN
  • - Penglibatannya tidak melanggar peruntukan- peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972
  • - Permohonan tidak kurang 3 bulan sebelum tarikh bercuti sebelum persaraannya

 

Peraturan tidak melarang mana-mana pegawai menganggotai parti politik sebagai anggota biasa.

 

Sila rujuk dan teliti dokumen-dokumen berikut:

  1. Peraturan 20, Peraturan-Peraturan Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605];clickpink
  2. Pekeliling Naib Canselor Bil. 1/2018 - Larangan Mengambil Bahagian Dalam Politik Ke Atas Kakitangan UMS; - clickpink 
  3. Pekeliling Naib Canselor Bil. 2/2013 - Larangan Mengadakan Aktiviti-Aktiviti Politik Di Dalam Kampus Bagi Pelajar UMSclickpink