KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN SAHSIAH RUPA DIRI BAGI PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengumuman Daripada : Bahagian Perundangan dan Integriti, Jabatan Pendaftar

Subjek: KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN SAHSIAH RUPA DIRI BAGI PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk untuk mematuhi peraturan ini.

Pihak Pengurusan Universiti mendapati, ada segelintir kakitangan Universiti yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk mengenai larangan memakai purdah. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap kakitangan di bawah seliaannya. Jika berlaku sebarang pelanggaran kepada peraturan ini atau mana-mana peraturan lain, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan yang bersesuaian.

Adalah diingatkan bahawa kegagalan kakitangan Universiti dalam mematuhi peraturan ini dianggap terjumlah kepada salah laku ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bil. 7/2011 bertarikh 6 Disember 2011 "Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" yang dibaca bersama Pekeliling Pendaftar Bil.8/2012 bertarikh 8 Ogos 2012 "Pindaan Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" untuk dimaklumkan semula kepada semua kakitangan di bawah seliaan masing-masing. 

 

1. Surat Makluman Kewajipan Mematuhi Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja UMSclickpink

2. Pekeliling Pendaftar Bil. 7 2011clickpink

3. Pekeliling Pendaftar Bil. 8 2012clickpink