PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : JEMPUTAN KEPADA PELAJAR PASCASISWAZAH (PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH) UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 (PIN 18’)
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengambil inisiatif untuk mengadakan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Peringkat Kebangsaan 2018 (PIN 18’) sempena Program Nano Kebangsaan 2018 (NanoKEB 18’) yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober 2018 di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Pascasiswazah yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan penyelidikan bagi mencari penyelesaian masalah – masalah seperti:
- Tenaga dan Alam Sekitar
- Penjagaan Kesihatan dan Perubatan
- Pertanian dan Makanan
- Elektronik dan Sistem
Penyertaan adalah percuma dan hanya terbuka kepada pelajar-pelajar daripada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Bersama ini dilampirkan Banner, Borang Pencalonan serta Syarat-syarat dan Maklumat Am pertandingan tersebut untuk makluman serta rujukan selanjutnya. Tarikh akhir penghantaran borang ialah 14 September 2018 (Jumaat).
Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing dan pelajar boleh memohon peruntukan daripada Pusat Pengajian Pascasiswazah.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur seperti berikut:
No. Telefon Urus setia : 03-88858669/03-88858670
No. Faks : 03-88858686
Emel Urus setia : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.