PERINGATAN KESELAMATAN – LARANGAN MENDEKATI KAWASAN BERDEKATAN PERANGKAP MONYET YANG DIPASANG SEKITAR KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK  :  PERINGATAN KESELAMATAN –
LARANGAN MENDEKATI KAWASAN BERDEKATAN PERANGKAP MONYET YANG DIPASANG SEKITAR KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN
 
 
PERINGATAN KESELAMATAN
 
 
Berikutan aduan gangguan dan ancaman haiwan liar (monyet) di sekitar kawasan kolej kediaman pelajar, pihak jabatan hidupan liar sabah melalui wildlife rescue unit (wru) telah memasang perangkap monyet di sekitar kawasan kolej kediaman, universiti malaysia sabah. Sehubungan itu, semua warga universiti dilarang untuk mendekati kawasan sekitar perangkap tersebut berikutan risiko serangan daripada kawanan monyet tersebut terutama serangan daripada alpha male (monyet jantan dominan kawanan tersebut). Selain itu, kehadiran manusia di sekitar kawasan perangkap akan menyebabkan monyet yang telah masuk ke dalam perangkap menjadi tertekan (stress) dan menjadi garang/ganas.
 
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
 
Sekian dan terima kasih.