MAKLUMAN SEMAKAN MATA IDP DAN PERMOHONAN MATA INDIVIDUAL DEVELOPMENT PLAN (IDP)

Pengumuman Daripada: Unit Latihan Akademik & Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Makluman Semakan Mata IDP dan Permohonan Mata Individual Development Plan (IDP)
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun 2018.
 
3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP dan mengisi Borang Penilaian Latihan bagi latihan/kursus yang telah dihadiri di pautan HR-Online. Pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan  juga boleh  menghantar Borang Permohonanan Mata IDP ke Bahagian Sumber Manusia (BSM), Seksyen Pembangunan Profesional selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 Disember 2018 (Isnin).
 
4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut :
 
NAMA PEGAWAI
NO. SAMBUNGAN
CATATAN
Pn. Hayati Salleh Baihaki
1437
Unit Latihan Akademik
Pn. Erna Jeferin
1327
Unit Latihan Akademik
En. Adrian Amatus
1132
Unit Latihan Akademik
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid
1042
Unit Latihan Pentadbiran
En. Mohd Nizam Abd Mutallib
1525
Unit Latihan Pentadbiran
En. Sufiyan Bin Ali Hussin
1036
Unit Latihan Pentadbiran
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.