PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK : HEBAHAN PELUPUSAN PERABOT DI JPP SECARA JUALAN LELONG
Semua Kakitangan
Universiti Malaysia Sabah
YBrs./Tuan/Puan,
PELUPUSAN PERABOT DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SECARA JUALAN LELONG
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan mengadakan jualan lelong perabot bagi tujuan pelupusan aset pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 20 Disember 2018 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Pengurusan, JPP
Bersama surat ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27 dan KEW.PA-27(A) sebagai rujukan Y.Brs/tuan/puan. Semua warga UMS dijemput hadir menghadiri sesi jualan lelong berkenaan. Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan En. Zulhazwan Salim ditalian sambungan 8701.
Perhatian Y.Brs/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.