PENGANJURAN “PCR MICROBIOLOGY WORKSHOP’ 2019

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK: PENGANJURAN “PCR MICROBIOLOGY WORKSHOP’ 2019
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bioperubatan Sains dan Terapeutik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan “PCR Microbiology Workshop” seperti butiran berikut:-
 
Tarikh            : 27 Februari 2019 (Rabu)
Tempat          : Makmal Molekular Biologi, Blok D
                         Bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
                          Universiti Malaysia Sabah
Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang
 
Sehubungan  itu, bagi pihak penganjur, kami menjemput kepada semua kakitangan dan pelajar di bawah pimpinan Y.Bhg. Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik yang berminat untuk mengikuti kursus ini.
 
Bersama-sama ini, pihak kami melampirkan brosur kursus dan tentatif sebagai hebahan dan pendaftaran. Bagi mendapatkan maklumat lanjut Y.Bhg. Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik juga boleh menghubungi urusetia kursus ini iaitu Dr Chandrika Murugaiah (019-9115040).
 
Penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Y.Bhg.Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik  amat kami hargai.
 
Sekian, terima kasih

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.