JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2019

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2019
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2019 pada ketetapan seperti berikut:
 
        Tarikh             : 15 Mac 2019 (Jumaat)
         Masa              : 7.30 Pagi
         Tempat          : Dewan Canselor, UMS
 
3.     Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat,  majlis tersebut  boleh diikuti menerusi laman rasmi Facebook (FB) Universiti Malaysia Sabah (UMS Official) di pautanhttps://www.facebook.com/172269919517500.
 
4.     Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, kehadiran ke Majlis ini akan menggunakan sistem Smart-Hadir (hanya kepada pengguna telefon pintar Android). Maklumat dan aplikasi tersebut boleh dimuat turun di http://bit.ly/smart-hadir
Namun begitu kaunter pendaftaran juga akan dibuka seperti biasa pada hari tersebut.  Bersama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

FOLLOW US @

QUICK LINKS

  • Staff Directory
  • Staff Portal
  • Student Portal
  • E-Learning
  • E-Respon
  • Covid 19 :UMS Update

OTHER LINKS

  • UMS Map
  • Open Data
  • Sabah State Government Portal
  • Minister of Higher Education (MOHE)
  • MAMPU
  • MyGovernment Portal (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.