SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN HOSPITALITI
SUBJEK: SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti (PPPH) akan menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Kolej Kediaman Sempena Sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan pada 30 April 2019 (Selasa).
 
3.       Sehubungan itu, pihak kami memohon agar dapat membuat hebahan kepada semua warga UMS menerusi emel. Bersama ini dilampirkan poster hebahan untuk dihebahkan.
 
Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.