CALL FOR UK-MALAYSIA HIGHER EDUCATION PARTNERSHIP PROJECT PROPOSALS 2019/2020

Pengumuman Daripada: Kementerian Pendidikan Malaysia
Subjek: Call for UK-Malaysia Higher Education Partnership Project Proposals 2019/2020
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,    
                                                                                     
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sepertimana YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Jabatan Pendidikan Tinggi dan British Council Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi pelaksanaan kerjasama 'Higher Education Partnerships Programme: Enhancing the Sustainability of Technology Transfer and Research Management in Higher Education Institutions through Strategic UK-Malaysia University Partnerships' melalui bengkel dan mesyuarat pada November 2018 dan Februari 2019.
 
Susulan itu, Jabatan Pendidikan Tinggi dan British Council membuka permohonan bagi UK-Malaysia Higher Education Partnership Project Proposals 2019/2020. Matlamat utama pembukaan permohonan ini adalah untuk membangunkan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di UK dan Malaysia melalui perkongsian amalan terbaik dan kepakaran dalam pemindahan teknologi. Panggilan ini hanya terbuka kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan institut penyelidikan di UK yang memberi maklum balas terhadap Call for Expressions of Interest (Disember 2018) dan Bengkel Perkongsian oleh British Council, dan universiti awam atau swasta di Malaysia yang telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Sustainability in Technology Transfer: Strategic UK-Malaysia Partnership Workshop pada Februari 2019 yang lepas. Sukacita bersama-sama ini disertakan dokumen permohonan yang terlibat.
 
Semua pemohon adalah dipohon untuk mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:

 

4.1. Permohonan perlu dikemukakan melalui emel sebelum atau pada 27 Mei 2019 (17:00 GMT+8). Permohonan perlu dikemukakan secara bersama selepas persetujuan di antara kesemua ahli dan institusi.

4.2. Makluman keputusan djangka akan dimaklumkan pada 31 Mei 2019. Pelaksanaan projek dijangka akan bermula Jun 2019; dan

4.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

British Council: Prabha Sundram, Head of Education, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Syauqi Azman, Education & Society Program Officer, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

Jabatan Pendidikan Tinggi: Siti Fazlina Mohd. Sani, Penolong Pengarah Kanan, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Nor Amira Farhana Ahmad Zailani, Penolong Pengarah, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Call for UK-MAL HE Partnership (.pdf)

Application Form  (.pdf)

Activity-Based Budjet (.pdf)