PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN DI MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1440H/2019M
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
YBhg. Prof. Datuk/ Prof. Datin/ Dr./ Tuan/ Puan
JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN DI MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1440H/2019M
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Ceramah Nuzul Al-Quran 1440H/2019M di masjid UMS pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 22 Mei 2019 (Rabu)
Masa : 6.30 petang – 7.35 malam
Tempat : Masjid UMS
Penceramah : Ustaz Mohammad Syafiq Bin Ismail
3. Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Prof. Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dan semua warga UMS untuk menghadiri ceramah tersebut. Semoga majlis ini akan menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Sekian dan terima kasih.