PEMBUKAAN PERMOHONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN KOMUNIKASI KORPORAT

SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) Tahun 2019 telah dibuka bermula pada 29 April 2018 sehingga  31 Julai 2019.

Untuk makluman, ATABM merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020 di bawah Objektif 1 iaitu “Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu”. Ianya merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik pelbagai bidang dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam kerjaya mereka.

Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu  dan akan menerima wang penghargaan sebanyak RM 30,000, piala iringan serta sijil penganugerahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Justeru, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan ATABM 2019. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh melayari  hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia  di www.moe.gov.my/atabm.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Urus Setia ATABM melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon 03-8870 5384.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih