Daripada : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI , (INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM))
Perkara : JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA TEKNOLOGI FRIM 2019
Pegawai dihubungi: Pn Masrina binti Maujar Samb.: 613815
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa, FRIM akan menganjurkan Program Bicara Teknologi FRIM 2019 pada 26 Jun 2019. Program ini merupakan forum bagi mengetengahkan hasil output projek R&D kepada syarikat pemegang taruh yang disasarkan serta bermatlamat bagi memenuhi keperluan pemegang taruh dalam bidang perhutanan dan produk hutan secara amnya. Ianya diharap dapat menyediakan kaedah penyelesaian dan platform perkongsian maklumat dalam bidang tersebut. Pihak FRIM juga telah bekerjasama dengan Jabatan Hutan Sarawak sebagai penganjur bersama.
Sehubungan itu, pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat bagi menghadiri program tersebut. Pendaftaran program adalah PERCUMA. Namun segala perbelanjaan bagi menyertai program tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Bersama ini dilampirkan maklumat program daripada pihak penganjur untuk rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur seperti berikut:
Sekretariat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Tel : 03-62797162
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Web : www.frim.gov.my
Sekian, terima kasih.