PEMBUKAAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2019

PENGUMUMAN DARIPADA:  PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK:  PEMBUKAAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2019


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2019 bakal dibuka.

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI), http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx  dan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:

 

Tempoh Pengisian Permohonan dalam SMPPI

Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPPI

Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Induk UMSGreat

17  Ogos –

7 September 2019

 

9 – 20 September 2019

30 September 2019

 

Untuk makluman, permohonan geran penyelidikan ini juga dibuka kepada para pelajar pascasiswazah mod kerja kursus sepenuh masa yang mana kursus yang diambil mempunyai elemen penyelidikan.

 

Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense).

 

Sekian, terima kasih.

 

Garis Panduan UMSGreat (.pdf)

Borang Penilaian Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan (.docx)

                                          

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.