JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM KESUMBA 2019

PENGUMUMAN DARIPADA : KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UMS (KESUMBA)

SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM KESUMBA 2019

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Majlis Makan Malam KESUMBA pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu bermula jam 7.00 malam.

Sehubungan dengan itu, KESUMBA selaku penganjur Majlis Makan Malam ini ingin menjemput semua ahli KESUMBA dan bukan ahli KESUMBA untuk menghadiri majlis makan malam ini.  Yuran adalah sebanyak RM40.00 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Sahaja) kepada ahli manakala bukan ahli KESUMBA sebanyak RM80.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Puluh Sahaja).

Bayaran yuran Makan Malam KESUMBA ini boleh dikreditkan ke Akaun KESUMBA : CIMB 8601439537  (Reference : Dinner 2019 beserta nama ahli/bukan ahli)

Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran/pembayaran adalah pada 4 OKTOBER 2019 (JUMAAT).

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Pn Shanty Ripah (samb.1773), Cik Noor Azmawati (samb.1419) dan Pn Jamila Gumu (samb.3547).

Sekian, terima kasih.