PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI MASJID UMS TAHUN 2019M/1441H
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan;
JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI MASJID UMS TAHUN 2019M/1441H
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Malaysia pada ketetapan berikut:
Tarikh : 16 September 2019 (Isnin)
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Masjid UMS
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama dengan ini disertakan tentatif untuk rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Sekian dan terima kasih.
Aturcara Majlis Kesyukuran Sempena Hari Malaysia 2019M (.pdf)