Pelawaan Untuk Mengemukakan Permohonan Dana Penyelidikan Di Bawah Skim Geran Acculturation (Sga) Tahun 2019

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

Subjek:  Pelawaan Untuk Mengemukakan Permohonan Dana Penyelidikan Di Bawah Skim Geran Acculturation (SGA) Tahun 2019

Assalamualaikum Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk. 

2.  Untuk makluman Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan, sebagai salah satu strategi pelaksanaan bagi meningkatkan pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) di peringkat universiti ialah meningkatkan bilangan staf akademik yang aktif menjadi Penyelidik Utama / Ketua Penyelidik (PI) dalam projek penyelidikan.

3.  Sehubungan itu, pihak Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dana penyelidikan di bawah Skim Geran Acculturation (SGA) menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI) (https://ppi.ums.edu.my) seperti yang berikut:

 

Tempoh Pengisian Permohonan dalam SMPPI

Tempoh Penilaian Permohonan oleh Panel Penilai Dalaman

Tempoh Makluman Kelulusan Permohonan

1  – 14  Oktober 2019

 

15 – 28 Oktober 2019

31 Oktober 2019

                     

4.  Untuk makluman Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan juga, berikut adalah kriteria-kriteria permohonan dana penyelidikan SGA yang perlu diambil perhatian:

a.    Permohonan dibuka kepada semua staf akademik yang tidak mengetuai mana-mana geran penyelidikan;

b.    Permohonan juga dibuka kepada semua staf akademik yang sedang mengetuai Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat);

c.     Penyelidik hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja;

d.    Staf akademik yang sedang mengambil cuti belajar tidak dibenarkan mengemukakan permohonan;

e.    Kertas cadangan projek penyelidikan hendaklah disediakan berdasarkan Garis Panduan Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS);

f.     Bidang penyelidikan, jumlah peruntukan, tempoh penyelidikan dan jangkaan hasil penyelidikan hendaklah menepati syarat seperti dalam jadual berikut:

Bidang Penyelidikan

Siling Permohonan (RM)

Tempoh Penyelidikan

Jangkaan Hasil Penyelidikan

Sains

25,000.00

Dua (2) tahun

Ø  Menghasilkan satu (1) jurnal berindeks dalam SCOPUS atau WoS. Penghargaan kepada UMS hendaklah dinyatakan dalam setiap penghasilan penerbitan

Ø  Menghasilkan seorang pelajar pascasiswazah mod penyelidikan sepenuh masa

Sains Sosial

10,000.00

 

5.  Pihak Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan adalah diingatkan untuk memastikan kesemua permohonan tersebut dihantar mengikut tempoh masa dan telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Pihak PPPI berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi. 

Segala perhatian dan kerjasama daripada Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.