Makluman Pengisian Borang Penilaian Latihan

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Makluman Pengisian Borang Penilaian Latihan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN LATIHAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri.
  2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP masing-masing di HR-Online dan mengisi Borang Penilaian Latihan (UMS/PU/09/02) bagi latihan yang telah dihadiri untuk tujuan pengemaskinian tersebut sebelum penilaian oleh Ketua Jabatan di JFPIB. Kegagalan pihak Y.Brs. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berbuat demikian akan menyebabkan 8% daripada mata e-LNPT ditolak. (Bagi kakitangan pentadbiran sahaja)
  3. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut ;

NAMA PEGAWAI

NO. SAMBUNGAN

CATATAN

En.Juniezam Juka

1003

Unit Latihan Akademik

Pn. Erna Jeferin

1327

Unit Latihan Akademik

En. Adrian Amatus

1132

Unit Latihan Akademik

En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid

1042

Unit Latihan Pentadbiran

En. Mohd Nizam Abd Mutallib

1525

Unit Latihan Pentadbiran

En. Sufiyan Bin Ali Hussin

1036

Unit Latihan Pentadbiran

 

Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

SEKSYEN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Unit Latihan Akademik & Pentadbiran

Bahagian Sumber Manusia

Universiti Malaysia Sabah