Pelawaan Untuk Permohonan Geran Penyelidikan Di Bawah Program Penyelidikan Perdana Fakulti Komputeran & Informatik (FKI)

Pengumuman Daripada : Fakulti Komputeran Dan Informatik

Subjek: Pelawaan Untuk Permohonan Geran Penyelidikan Di Bawah Program Penyelidikan Perdana Fakulti Komputeran & Informatik (FKI)

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) melalui Pusat Pengurusan Penyelidakan & Inovasi (PPPI) telah menubuhkan program penyelidikan perdana fakulti bertajuk “ Securing Bioeconomy Sovereignty via Agriculture 4.0”.
  2. Untuk maksud tersebut, FKI akan menyediakan geran penyelidikan yang berasaskan Skim Dana Khas UMS dengan objektif khas untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan melalui peningkatan pengeluaran yang berasaskan “Industrial Revolution 4.0 (IR4.0)” dengan jumlah dana sebanyak RM2.5 juta untuk tempoh 5 tahun.
  3. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan geran penyelidikan yang ditawarkan boleh dilayari melalui URL laman sesawang berikut: http://fki.ums.edu.my/fki/fki-flagship-research-program/
  4. Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menghantar permohonan geran penyelidikan tersebut secara atas talian melalui sistem SMPPPI. Permohonan atas talian akan dibuka 1 Mei 2020 dan akan ditutup 31 Mei 2020 .

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.