Arahan Penyediaan Deskripsi Tugas (JD) Kakitangan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Subjek: Arahan Penyediaan Deskripsi Tugas (JD) Kakitangan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah

Pegawai Dihubungi : Encik Ismail Bin Ladama (smbg : 103233)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1.  Adalah dimaklumkan, sesuai dengan pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018, semua kakitangan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki menyediakan deskripsi tugas (JD) masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020 (Jumaat).

 

  1. Sehubungan itu, deskripsi tugas perlu dilengkapkan dan dihantar melalui modul MyJD dalam dalam sistem HROnlinev4.0. Bersama ini disertakan Surat Arahan Pendaftar dan slide pembentangan Penyediaan Deskripsi Tugas Kakitangan Pentadbiran untuk panduan pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan. Rakaman kursus Pemantapan MyPortfolio dan Penyediaan Deskripsi Tugas juga boleh diaskses melalui modul MyIDP.

 

Kerjasama pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.