Makluman Penggunaan Aplikasi Whatsapp Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI) Secara Rasmi

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Makluman Penggunaan Aplikasi Whatsapp Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI) Secara Rasmi

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI) SECARA RASMI.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPPI kini telah mula menguatkuasakan penggunaan sistem aplikasi WHATSAPP secara rasmi bagi tujuan urusan dan hal ehwal berkaitan kaunter perkhidmatan dan fungsian utama PPPI khususnya berhubung penyelidikan dan inovasi.
  2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dengan ini dialu-alukan untuk menghubungi pihak PPPI melalui aplikasi Whatsapp ini berdasarkan butiran berikut;

WHATSAPP: 088-320 127

WAKTU BEROPERASI: 9:00 PAGI - 3:00 PETANG (HARI BEKERJA)

  1. Walau bagaimanapun, waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan PPPI masih berjalan seperti biasa iaitu;

KAUNTER PERKHIDMATAN: PEJABAT PPPI

WAKTU BEROPERASI

: ISNIN - KHAMIS
8:30 pagi - 12:30 tengahari
2:00 petang - 4:30 petang

: JUMAAT
8:30 pagi - 11:30 pagi
2:00 petang - 4:30 petang

Bersama ini disertakan poster aplikasi Whatsapp berkenaan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.