Penangguhan Tarikh: Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Penangguhan Tarikh: Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Untuk makluman pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia akan diadakan pada tarikh yang akan dinyatakan kemudian.

 

Cadangan Tarikh Asal

3-8 Ogos 2020 (Isnin-Sabtu)

Tarikh Baharu

Akan dimaklumkan kemudian

Masa

8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat

Akan dimaklumkan kemudian

 

  1. Sehubungan dengan itu, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

 

  1. Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

 

  1. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.