Pemakluman: Pelaksanaan Banci Pendudukan Dan Perumahan 2020

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pemakluman: Pelaksanaan Banci Pendudukan Dan Perumahan 2020

YBhg. Prof. /Datuk/Dr./Tuan/Puan,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020). Objektif pelaksanaan Banci 2020 adalah untuk mendapakan stok profil penduduk dan perumahan yang komprehensif serta terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk yang terkini. Bancian ini juga akan mengambil kira keperluan Input bagi Rancangan Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 antaranya berkaitan kemakmuran bersama, pembasmian kemiskinan, kelestarian alam sekitar dan kemajuan ekonomi.

3. Sehubungan itu, semua Penjawat Awam adalah diwajibkan  untuk menjawab soal selidik Banci 2020 secara atas talian atau e-Census bermula 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020. Bersama ini disertakan surat mengenai Pelaksanaan Banci 2020 daripada Ketua Setiausaha Negara untuk perhatian dan tindakan lanjut  YBhg. Prof. /Datuk/Dr./Tuan/Puan.

4. Maklumat lanjut tatacara pengisian e-Census boleh diperoleh melalui pautan https;//www.mycensus.gov.my atau menghubungi hotline e-Census 1-800-88-7720. Untuk makluman, pengumpulan data Banci 2020 dilaksanakan dalam dua (2) fasa iaitu Fasa Pertama secara dalam talian (e-Census) dan Fasa Kedua secara bersemuka.

Perhatian dan kerjasama  YBhg. Prof. /Datuk/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pelaksanaan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 (.pdf)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.