Kad Ucapan Selamat Menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2020

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), UMS
Subjek: Kad Ucapan Selamat Menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2020

INFO HEBAHAN SAMBUTAN “HARI ORANG ASAL SEDUNIA” TAHUN 2020

Sambutan ‘Hari Orang Asal Sedunia’ merupakan sebuah sambutan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia berhubung kewujudan Deklarasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Orang Asal. Ia disambut secara universal pada tarikh 9 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka Hongkod Koisaan Cultural Village (KDCA), Penampang pada 8-9 Ogos 2019 dengan pelbagai pengisian acara antaranya forum, persembahan kebudayaan dan pameran khas mengenai kesenian, pakaian serta makanan tradisi etnik-etnik Orang Asal Sabah. Sebagai sebuah institusi yang menerajui penyelidikan mengenai Orang Asal di Borneo dan Sabah khususnya, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah turut memikul tanggungjawab untuk terus memupuk kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara nilai budaya, adat, dan bahasa Orang Asal. Oleh itu, bersempena dengan kehadiran tarikh 9 Ogos ini, BorIIS juga mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2020.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.