Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : Akan Dimaklumkan

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

  1. Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

  1. Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

  1. Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti  Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 melalui pautan Google form iaitu https://forms.gle/8NZZQETkN8vDHsqcA sebelum atau pada 17 Ogos 2020 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.