Pelawaan Cadangan Projek Geran: Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2020

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Pelawaan Cadangan Projek Geran: 
Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2020
Pegawai Dihubungi
: Urusetia Penyelidikan: Musnin Mattersah ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ) / Alizah Fadzlur ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN CADANGAN PROJEK GERAN: PROGRAM KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP) 2020

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan pembukaan program baru iaitu Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2020 bagi menggalakan penyelidikan bidang nic melalui gabungan kerjasama di antara kumpulan penyelidik di IPT. Ianya adalah gabungan kumpulan penyelidik dari Pusat Kecemerlangan (CoE) di IPT dengan kumpulan penyelidik di CoE lain dan/ atau kumpulan penyelidik (berbeza IPT) yang sama bidang kepakaran bagi menghasilkan kerangka kerja yang diharap dapat menyelesaikan masalah nasional.
  2. Bidang keutamaan yang ditetapkan adalah;

i. Pengangkutan dan Mobiliti
ii. Kepintaran Buatan
iii.  4 Revolusi Industri
iv. Pengajaran dan Pembelajaran
v. Industri Kreatif
vi. Pembelajaran Digital
vii. Future Food
viii. Daya Saing Ekonomi

  1. Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;

KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP) 2020

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/ RUJUKAN

TARIKH

1

Memuat turun Garis Panduan KKP

 

***

Setiap KKP hendaklah berfokus kepada SATU BIDANG KEUTAMAAN sahaja.

http://www.mohe.gov.my

 

Bermula

4 September 2020

(Jumaat)

2

Penghantaran Borang Permohonan KKP kepada urus setia KPT

 

***

-       Soft Copy (Pen Drive)

-       Hard Copy (2 Salinan)

Urus Setia KPT

 

Pn. Aini Dayana Md Ali

03-8870 6962

 

Cik Norainil Hawa Bahrin

03-8870 6967

DTIERIMA OLEH PIHAK KPT selewat-lewatnya pada

30 September 2020

(Rabu)

Jam 12:00 T/Hari

3

Makluman penghantaran permohonan kepada pihak PPPI

 

***

-       Soft copy (emel)      

Urus Setia PPPI

 

Pn. Alizah Fadzlur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 


Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

Hebahan KKP 2020 (.pdf)

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.